Allahuakbar, Allahuakbar
Allahuakbar, Allahuakbar
“Di waktu Subuh”
di mana aku berada
masih enak diatas tilam
sambil berpoya-poya dengan waktu
masa bagaikan menderu
langkah tiada arah tuju
fikiran terus bercelaru
terlupa aku semakin di hujung waktu
siapa aku di hadapan-Nya.
“Di waktu Zohor”
aku lebih memikirkan kelaparan
kehausan dan rehatku
aku bertolak ansur dengan waktu
melayari ‘facebook’ tidak kira masa
aku terlupa betapa besarnya kerugian
jika aku mengabaikan sebuah ketaatan
siapa aku di hadapan-Nya.
“Di waktu Asar”
aku lupa warna masa
cepat berubah bagaikan ditolak-tolak
aku masih dengan secawan kopiku
aku masih berpoya-poya
dengan melayari ‘facebook’
siapa aku di hadapan-Nya.
“waktu Di Maghrib”
aku melihat warna malam
tetapi aku masih berligar di sebalik tabirnya
mencari sisa-sisa keseronokan
tidak terasa ruang masa yang singkat
jalan yang bertongkat-tongkat
ruginya bertingkat-tingkat siapa aku di hadapan-Nya.
“Di waktu Isyak”
kerana masanya yang panjang
aku membiarkan penat menghimpit dadaku
aku membiarkan kelesuan mengangguku
aku rela terlena sambil menarik selimut putih+pink
bercumbu-cumbu dengan waktuku
siapa aku di hadapan-Nya.
....................................................................
kini aku menjadi tertanya-tanya
sampai bila aku akan melambatkan sujudku
apabila azan berkumandang lagi
aku tidak akan membiarkan Masjid menjadi sepi
kerana di hujung hidup ada mati
bagaimana jenazah akan dibawa sembahyang di sini
jika ruangku dibiarkan kosong
jika wajahku menjadi asing
pada mentari dan juga bintang-bintang.
p/s : so kurangkan ber'facebook'